Picture of Aisyah KCSB

Aisyah KCSB

Menulis pelbagai tips & info berkaitan mesin pencetak multifungsi! dan pelbagai topik lain juga :)

FAKTA MENARIK MENGENAI MENARA MERDEKA 118

Facebook
WhatsApp
Telegram

Okay hari ini min ada masa sikit lepas hantar mesin fotokopi ke Sunway. Jadi min nak kongsi dengan korang tentang satu bangunan yang bakal menjadi menara tertinggi kedua di dunia selepas Burj Khalifa.

Kenapa bakal? Sebab bangunan tu belum siap. Sekarang baru siap pada tingkat 111.

(Sumber: NST, May 2020)




Menara apa ni min? Lokasi dekat mana?

Nama diberi Warisan Merdeka Tower, atau lebih dikenali sebagai Menara 118. Terletak di tengah2 antara Stadium Negara dan Stadium Merdeka, menara ini ada 118 tingkat dengan ketinggian 636 meter. Nak banding dengan Menara berkembar Petronas yang tinggi tu pun dah berketinggian 452 meter dan mempunyai 88 tingkat. 

So korang bayang sendiri lah berapa tinggi Menara 118 ni nanti. Nak dongak untuk tengok menara ni pun nanti boleh sakit tengkuk korang!


Lain macam rekabentuk Menara 118 ni. Sekali tengok macam…

YA tepat sekali. Kalau korang perhati rekabentuk senibina Menara 118 ni, korang akan perasan yang bentuk dia diambil dari siluet (sillhoutte) Tunku Abdul Rahman semasa beliau mengangkat tangan melaungkan “Merdeka” pada tanggal 31 Ogos 1957. Jadi yang korang nampak tiang dekat atas menara ni melambangkan tangan Tunku Abdul Rahman lah.

(Sumber gambar: Twitter)


Bangunan ni milik siapa? Tinggi macam ni berapa lah agaknya kos pembinaan..

Menara 118 dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB), dengan kos pembinaan menara mencecah Rm5 billion. Menara ini dijangka siap pada tahun 2024 nanti. 

Menara 118 ni terdiri daripada 4 komponen tau. Min terangkan untuk korang:

  1. Pejabat sebanyak 82 tingkat 
  2. Hotel mewah 6 bintang sebanyak 18 tingkat
  3. Sky lobby, observation deck dan fasiliti sebanyak 18 tingkat
  4. Shopping mall sebanyak 7 tingkat

 (Sumber: Says.com) 

Nah video Merdeka 118 pada peringkat pembinaan terkini untuk tatapan anda!

(Sumber: Youtube)


Beli, Sewa dan Sewa Beli Mesin Fotokopi untuk Pejabat Anda

Min sebenarnya cemburu dengan orang yang bekerja di pejabat dalam bangunan “pencakar langit” macam ni. Hari-hari boleh tengok awan!

Oh ye, bila ada pejabat baru nak buka, mestilah banyak keperluan pejabat yang korang perlu sediakan kan? Antara benda wajib perlu ada semestinya mesin fotokopi. Kalau korang ditakdirkan bekerja di Menara 118 satu hari nanti, boleh lah order mesin fotostat dari Khalifah Copier.

Kita tawarkan khidmat beli, sewa dan sewa beli mesin fotokopi bagi kegunaan pejabat. Layari www.khalifahcopier.com untuk tahu lebih lanjut tau.

 


 Nak naik ke Sky Lobby kena naik lif panel kaca!

Untuk ke tingkat 118 hanya ambil masa 65 saat sahaja. Dari lif tu sendiri korang boleh tengok pemandangan sekitar Menara 118. Kalau korang gayat, boleh tutup mata je, sebab bila korang pandang belakang pun, ada cermin!

 Video illustrasi lif panel kaca Menara 118

https://twitter.com/SkyscrapersMY/status/1300741440666923009?s=09

(Sumber: Twitter SkyscrappersMY)


Siapa arkitek bangunan ni?

Bangunan ni direka oleh arkitek Australia bernama Fender Katsalidis. Walaupun bukan orang Malaysia, tapi ciri-ciri bangunan ni telah direka menepati identiti Malaysia. Selain terinspirasi dari sillhoutte TAR, ia dilitupi dengan kaca yang berbentuk kristal bersegi tiga melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia. Tapak asas menara ni pun berbentuk diamond dari motif songket Melayu.

Pada waktu malam, Merdeka 118 akan dinyalakan dengan “light strip” yang bercahaya & bergerak dari bucu ke bucu. Sungguh futuristik kan!


More to explorer