Sewa atau Beli Mesin Fotostat, mana pilihan lebih baik?
Sudah tentu bila anda nak melabur ke atas mesin copier yang terbaik untuk perniagaan anda, pasti ada pros & cons untuk anda pertimbangkan. Walaupun ada pilihan untuk membeli atau menyewa mesin fotokopi, ada banyak perkara yang lain yang anda perlu pertimbangkan bila anda nak buat keputusan mana satu yang lebih sesuai untuk syarikat anda.
Banyak syarikat dan pejabat di luar sana yang memilih untuk menyewa mesin pencetak dan mesin copier dengan membayar sewa bulan-bulan, tapi ada komitmen pada kontrak yang anda perlu ikut tau.
Jadi dalam posting kali ni simple saja, kita nak ceritakan perbandingan antara sewa atau beli mesin fotostat. Mana satu yang lebih baik?
Bila kita bincangkan tentang sewa atau beli mesin fotostat ni, tak ada jawapan yang konkrit samada sewa atau beli mesin fotostat yang lebih baik. Sebabnya, semua bergantung kepada keperluan & kemampuan pejabat atau perniagaan anda.
Jadi posting kita kali ini lebih kepada mendedahkan anda sebelum anda pilih samada nak sewa atau beli mesin fotostat, supaya anda jelas apa yang terdapat dalam setiap option ini.
Kelebihan menyewa mesin pencetak multifungsi
1. Kos pendahuluan yang rendah
Pilihan yang lebih baik untuk syarikat yang baru nak start atau syarikat “start-up” yang masih belum familiar lagi dengan keperluan printing dan fotokopi mereka sendiri untuk jangka masa yang panjang. Dengan menyewa mesin copier, kos awal yang anda perlu keluarkan lebih rendah sebab hanya perlu membayar kos seperti deposit atau sewa pendahuluan.
Kalau anda nak beli mesin copier, kos pendahuluan yang anda perlu belanjakan sudah pasti tinggi. Tapi disebabkan mesin copier ini menjadi satu keperluan untuk office anda, pilihan untuk menyewa sudah tentu lebih realistik.
2. Mudah dan tak perlu pening kepala
Kebanyakan syarikat yang bekalkan mesin copier untuk disewa selalunya akan cover juga bahagian maintenance dan servis untuk mesin fotostat tersebut. Maksudnya, anda dah tak perlu risau dan pening kepala sebab sebarang kerosakan atau malfungsi yang terjadi kepada mesin dibawah tanggung jawab syarikat penyewaan mesin copier tersebut.
Malah, bila mesin copier yang anda dah sewa itu telah memenuhi tujuannya dan perlu dijual semula, anda tak perlu pening kepala nak cari pembeli. Boleh move on untuk sewa mesin yang lebih terkini, so mesin fotokopi pejabat atau syarikat anda sentiasa up-to-date dengan teknologi terkini.
3. Tak perlu fikir kos untuk mengganti mesin yang lain
Sama macam tadi juga, bila mesin copier pejabat anda dah outdated atau seringkali malfungsi, pastilah ia perlu diganti – dan ini akan memakan kos belanja tertentu. Berita baik untuk anda yang menyewa mesin, kos penggantian ini akan diserap oleh syarikat pembekal anda, bukan anda sendiri. Malah, sesetengah syarikat penyewaan mesin turut memberi pilihan untuk anda upgrade mesin anda setelah beberapa tahun dan menyambung kontrak semula.
4. Pelan pembayaran yang fleksibel
Pelaburan untuk mesin copier syarikat memang sinonim dengan perbelanjaan yang tinggi tambah-tambah lagi bila anda baru nak setup pejabat atau perniagaan anda. Memahami perkara ini, pakej sewaan mesin copier biasanya didatangkan dengan pelan pembayaran yang fleksibel atau boleh disesuaikan mengikut bajet & keperluan pencetakan anda. Macam pelan insurans juga lah tuan puan 🙂
Alang-alang anda dah berada di sini, jom ketahui 8 PERKARA ANDA PERLU TAHU SEBELUM MENYEWA MESIN FOTOSTAT.
Kelebihan Membeli mesin pencetak multifungsi
1. Penjimatan jangka masa panjang
Memang tak dinafikan, membeli mesin fotostat atau pencetak itu sememangnya menelan belanja yang tinggi. Tapi berbanding dengan menyewa, membeli mesin copier akan memberikan anda lebih penjimatan. Bagaimana? Bila anda sewa mesin, anda perlu membayar sewa bulanan. Sewa bulanan ini jika anda bandingkan dengan tempoh sewaan, anda akan dapati bahawa jumlah kos penyewaan mesin adalah lebih tinggi dari kos jika anda beli mesin fotostat itu.
2. Tak terikat dengan kontrak penyewaan
Bila anda sewa mesin fotostat, anda perlu menandatangani kontrak perjanjian, yang mana mungkin menjadi isu terutama untuk syarikat start-up yang belum tahu lagi keperluan sebenar pencetakan mereka. Di pertengahan kontrak, boleh jadi anda dapati anda tidak menggunakan mesin fotostat tersebut pada kapasiti maksimum, dan end-up hanya membayar sewa bulanan tapi tidak menggunakan mesin tersebut selalu. Di sini anda dah membelanjakan wang yang tak perlu. Dengan membeli mesin, jika anda dapati mesin anda tidak lagi diperlukan, anda boleh menjualnya semula pada bila-bila masa.
3. Tiada penalti
Dalam kontrak penyewaan ada pilihan jika anda nak terminate atau tamatkan kontrak, tetapi perlu anda ketahui jika anda membatalkan kontrak sebelum masanya, anda akan dikenakan penalti, seperti mana-mana kontrak pun. Sekali lagi, isu ini tidak akan berlaku jika anda membeli mesin fotostat instead of menyewa.
Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan.
Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.