Tips Promote Bisnes Anda guna Flyers dan Stickers!
Tak kisah lah anda buat bisnes apa di luar sana, B2B ke B2C ke, semua perniagaan perlu promote bisnes mereka, betul tak? Ini supaya audiens anda diluar sana tahu akan kewujudan perniagaan anda ini.
Tambahan pula sekarang semakin ramai usahawan beralih kepada bisnes online, persaingan pun semakin sengit untuk memasarkan produk dan servis anda 100% secara online marketing saja. Online marketing turut menelan belanja yang tinggi.
Ada alternatif lain ke untuk promote bisnes anda selain online marketing? Ada cara lain ke untuk retain customer existing anda dan buatkan mereka menjadi customer yang setia membeli dan menggunakan produk/servis anda berulang kali?
Dalam artikel kali ini kita nak kongsikan macam mana anda boleh gunakan offline marketing seperti flyers dan stickers untuk capai objektif anda!
Macam mana nak gunakan flyer dan sticker untuk promote bisnes anda secara efektif?
Flyers & stickers ini adalah satu bentuk pengiklanan yang dah digunakan sejak bertahun lalu. Walaupun sekarang ni dah masuk tahun 2021, ia masih digunakan sebab ia masih releven & berkesan.
Malah, ia adalah satu bentuk pengiklanan yang tak makan begitu banyak kos, sentiasa available, senang nak buat & boleh beri impak yang besar kepada target audiens anda jika dilakukan dengan betul.
Kenapa pilih flyers dan stickers sebagai strategi pengiklanan?
- Ianya cost-effective
Cost effective bermaksud ianya satu pelaburan yang berbaloi. Jika kita bandingkan bermacam bentuk advertising lain, flyers dan stickers amat cost effective.
Sebabnya? Ianya mudah untuk dihasilkan. Sekarang dah banyak servis online printing yang membolehkan anda menempah flyers dan stickers berkualiti tinggi secara online saja pada harga yang berpatutan. Proses online printing kini semakin mudah dan cepat.
2. Ianya simple
Semua orang kenal apa itu sticker, dan orang juga faham flyers sebagai satu medium untuk menyebarkan maklumat tentang sesuatu bisnes atau servis. Bila mana anda dah hasilkan stickers & flyers, anda cuma perlu fikirkan cara paling efektif untuk edarkannya saja lagi.
Anda tak perlu pening nak belajar online marketing tools yang rumit macam FB ads, Google ads, email marketing & lain-lain. Bagusnya flyers dan stickers ini ialah sebab anda ada full control — siapa dan di mana anda nak edarkan stickers & flyers anda.
3. Pelanggan masih menghargainya
Dengan design yang menarik, sticker boleh dijadikan hadiah atau giveaway. Malah banyak bisnes, tambah-tambah lagi bisnes yang kecil atau baru bermula yang gunakan stickers untuk menambat hati pelanggan mereka. Sticker boleh transform customer anda dari hanya pelanggan kepada duta bergerak yang membawa nama dan brand anda ke mana sahaja.
Lazim kan anda lihat orang meletakkan sticker di barang-barang peribadi seperti laptop, beg, lunchbox, phone casing dan pelbagai lagi? Secara tak langsung ini menyebarluaskan lagi brand anda di mata orang ramai. Sebagaimana sticker, flyer juga ada pengaruh yang sama. Orang sering simpan flyers untuk digunakan pada masa hadapan, atau dikongsi dengan rakan & ahli keluarga yang lain, tambah lagi jika servis anda itu bertepatan dengan apa yang mereka sedang cari atau minati.
4. Ianya boleh dihasilkan dengan mudah
Nak buat stickers dan flyers ni amat mudah. Apa yang diperlukan cuma logo yang di-design dengan baik dan tagline yang mudah diingati. Untuk design flyers pula, anda harus “keep it simple”.
Lagi pula sekarang memang trend untuk mencipta sesuatu yang kelihatan simple dan mudah untuk difahami dengan hanya sekali pandang saja.
Jika anda muatkan begitu banyak maklumat dalam flyers, kemungkinan untuk ia tidak dibaca oleh audiens anda amat tinggi. Masukkan maklumat yang releven sahaja bersama contact details, sudah cukup.
Macam mana nak gunakan sticker untuk mengiklankan bisnes anda secara efektif?
Tahukah anda stickers sudah wujud sejak tahun 1800 lagi? Stickers digunapakai untuk pelbagai tujuan, termasuklah untuk sebarkan idea dan ideologi, membina bisnes, meningkatkan brand atau social awareness dan sebagainya.
Jika anda biasa dengan term dalam advertising, stickers menawarkan ROI yang tinggi sebab cost per impression-nya sangat rendah. Stickers juga tahan lama, menjadikannya medium yang unik untuk iklankan produk & servis anda.
Jadikan stickers anda menarik dan fikirkan sticker sebagai satu peluang untuk anda communicate dengan audiens anda.
Dengan cara itu, anda boleh naik taraf sticker anda dari hanya dilihat sebagai satu bentuk iklan, kepada hadiah atau ganjaran yang anda boleh berikan pada pelanggan anda.
Pelanggan anda akan berasa gembira untuk gunakan sticker anda di mana-mana sahaja barang peribadi milik mereka.
- Sticker adalah seperti physical ‘Like” untuk bisnes anda. Pelanggan anda yang simpan sticker anda, pastinya suka & mempunyai impression yang positif tentang produk/servis yang anda tawarkan.
- Sticker juga boleh bertindak seperti sebuah testimoni. Pernah tak kenalan anda terlihat sticker jenama yang anda lekat di beg anda dan bertanya, “Eh awak dah pernah pakai brand ni? Macam mana brand ni, okay tak?” Secara tak langsung anda berkongsi feedback produk atau servis bisnes itu kepada rakan anda!
- Banyak study yang menunjukkan personal recommendation atau marketing secara word-of-mouth ni masih berkesan, kadangkala lebih berkesan dari bentuk marketing yang lain.
- Yang ini banyak bisnes buat — mereka jadikan sticker sebagai free gift untuk pelanggan mereka. Sticker sebagai satu cara untuk anda communicate dengan pelanggan anda secara tak langsung. Siapa je yang tak teruja bila terima stickers bersama dengan barang yang dibeli, kan? Tambah lagi jika design stiker itu sangat cool dan unik! Pelanggan anda pasti akan teruja memikirkan kat mana mereka boleh lekatkan sticker anda itu nanti.
Macam mana nak gunakan flyers untuk mengiklankan bisnes anda?
Sebelum anda hasilkan flyers, kena kenalpasti gol anda, siapa audiens anda, dan apa yang anda nak capai. Apa yang anda masukkan dalam flyers anda bukan saja perlu menarik dari segi design, malah kontennya juga.
So konten apa yang perlu ada dalam flyers anda?
- Contact details termasuklah nama syarikat, alamat, nombor telefon dan website. Boleh include juga sosial media anda jika ada.
- Tajuk utama atau headline. Headline merupakan perkara pertama yang audiens anda akan lihat, so pastikan headline itu mampu sampaikan mesej tentang bisnes anda dengan baik.
- Elemen visual seperti gambar atau ilustrasi yang jelas tentang tawaran menarik dari bisnes anda
- Branding – jangan lupa untuk sertakan identiti syarikat anda, contohnya logo syarikat
- Layout dan struktur flyers – pastikan komposisi flyers anda mudah untuk audiens anda baca. Gunakan tema yang standard untuk elak ia dari kelihatan carca marba. Elakkan ayat berperenggan, sebaiknya guna bullet points.
- Sertakan fakta dalam bentuk kata kunci (key facts) – iaitu apa perkara utama yang anda nak sampaikan?
- Tawaran — adakah anda menawarkan diskaun atau sebarang promosi?
- Values — apa nilai yang anda boleh bawakan kepada audiens anda? Ceritakan kenapa bisnes anda unik?
- Call-to-action — tamatkan flyers anda dengan call-to-action yang berkesan. Bagitau audeins anda apa tindakan seterusnya, seperti “daftar sekarang”, atau “dapatkan sebut harga percuma”, atau “hubungi kami hari ini”
Tips untuk anda edarkan flyers anda?
- Anda boleh upah runner untuk edarkan flyers anda di peti surat, di pintu/pagar rumah, atau selitkan di windshield kereta.
- Anda juga boleh target audiens anda di mana mereka berada. Contoh jika anda menawarkan servis private tutor, anda boleh edarkan flyers anda di kawasan berhampiran dengan sekolah. Kadang-kala bisnes lokal macam kedai buku, kedai kopi, stesen bas turut ada sediakan board atau kotak khas untuk anda pamer & edarkan flyers anda.
- Ambil juga peluang untuk edarkan flyers anda sewaktu event-event lokal berlangsung, contohnya acara komuniti, seminar, pertunjukan, acara perayaan atau pameran.
- Minta bantuan klien atau rakan bisnes anda untuk edarkannya kepada pelanggan mereka.
- Ada versi digital untuk flyers anda? Gunakan pelbagai platform social media untuk promote bisnes anda seperti di Facebook, Instagram, Twitter, Pinterest dan sebagainya. Yang penting, jangan spam!
Penat setiap kali nak print bahan marketing bisnes anda macam stickers dan flyers, kena buat di kedai luar?
Macam mana kalau kami beritahu yang anda boleh hasilkan stickers dan flyers anda sendiri dengan mesin pencetak MFP, yang turut boleh digunakan untuk scan, copy & print dokumen pejabat anda?
Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier / multifunctional printer (MFP) recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan.
Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.