Masalah Paper Jam: Kenalpasti Punca, cara penyelesaian & tips pencegahan
Mimpi ngeri setiap warga pejabat: Paper jam!
Excerpt: Jom kenalpasti punca, cara penyelesaian dan tips pencegahan masalah paper jam pada mesin fotostat anda!
Rasanya tidak ada seorang pun pekerja pejabat yang tak pernah alami mimpi ngeri yang mana anda menemukan mesin fotostat anda dalam keadaan menakutkan dan mengeluarkan bunyi berderak menandakan ada kertas telah tersangkut! Pasti amat mengecewakan, bukan?
Berita baik untuk anda, paper jam pada mesin fotostat adalah jauh lebih mudah untuk diatasi dengan mesin fotostat pintar hari ini.
Jadi, mari kita lihat cara untuk mengatasi masalah paper jam.
Apabila paper jam berlaku, jangan panik.
Kebanyakan orang apabila paper jam berlaku, perkara pertama yang mereka akan lakukan ialah panik dan cepat-cepat cuba keluarkan kertas yang tersangkut.
**Tungu, jangan buat begitu!**
Sekiranya anda cuba keluarkan kertas secara paksa, kemungkinan besar kertas itu akan terkoyak. Kepingan yang terkoyak itu mungkin akan tersangkut dan tertinggal di dalam mesin fotokopi dan ini semestinya hanya memburukkan lagi keadaan.
Peringatan: Jangan cuba keluarkan serpihan kertas dengan objek tajam kerana ia akan merosakkan mesin fotokopi anda!
Bagaimana nak atasi masalah paper jam? Ianya lebih mudah dari yang anda sangka!
Sebenarnya tak sukar untuk mengatasi masalah paper jam pada mesin moden. Skrin akan memberitahu anda di mana paper jam itu berlaku, dan bagaimana untuk selesaikan masalah paper jam tersebut . Anda cuma perlu ikut arahan pada skrin dan perlahan-lahan mengeluarkan kertas.
Mesin pencetak moden hari ini berasaskan komputer. Bila paper jam terjadi, ia dapat membimbing anda melalui proses pembersihan paper jam pada mesin fotokopi tersebut. Panel kawalan (control panel) beberapa mesin seperti model Konica Minolta misalnya, akan menunjukkan kepada anda secara visual langkah demi langkah untuk menyelesaikan paper jam.
Cara mengeluarkan kertas yang tersangkut pada mesin fotostat Ricoh, Konica Minolta atau Fuji Xerox:
Skrin akan meminta anda untuk membuka pintu sisi dan menunjukkan di laluan mana paper jam itu berlaku. Keluarkan kertas dengan perlahan dan tutup pintu panel. Sekiranya anda tidak mengeluarkan semua kertas yang tersangkut di dalam pencetak, mesin juga akan memberitahu anda.
Bilakah anda perlu mendapatkan bantuan dari juruteknik pakar?
Bilakah anda harus menghubungi technician syarikat perkhidmatan copier anda untuk menyelesaikan masalah paper jam?
Secara dasarnya, anda disarankan untuk hubungi technician apabila:
Masalah paper jam kelihatan lebih rumit dari biasa
Anda tidak berjaya menyelesaikan paper jam dan mengeluarkan kertas tersangkut itu setelah mencuba
Masalah paper jam berulang setiap hari
Peringatan: JANGAN sekali-kali memeriksa mesin fotokopi dengan alat tajam atau cuba untuk membuka bahagian dalaman mesin anda. Sekiranya anda berbuat demikian, anda mungkin mengakibatkan permasalahan yang lebih besar dan melibatkan kos yang lebih tinggi untuk diselesaikan.
Punca-punca berlakunya paper jam
Tahukah anda bahawa masalah paper jam pada mesin copier selalu terjadi disebabkan oleh kertas anda sendiri?
Kertas yang tak selari
Apabila timbunan kertas tidak diselaraskan dengan betul di mesin, ia sering menyebabkan masalah paper jam/ kertas tersangkut.
Semasa menambahkan kertas, kipaskan/sisihkan dahulu kertas anda, muatkan ia dengan berhati-hati dan elakkan terlalu banyak mengisi kertas pada dulang dalam satu-satu masa.
Tonton video di bawah untuk cara mengipas/menyisihkan kertas:
https://www.youtube.com/watch?v=HEDFhJsHVVw
Juruteknik mesin fotokopi mengesyorkan agar anda pada mulanya memasukkan separuh kertas ke dalam dulang dahulu. Kemudian baru anda muatkan selebihnya. Pastikan kepingan di bahagian bawah tidak bergeser dan kertas membentuk timbunan yang padat.
Kertas melekat/Sticky paper
Kertas melekat boleh menyebabkan paper jam, jadi kipaskan kertas anda untuk pastikan tiada kertas yang melekat. Periksa juga jika ada sisa gam yang terlekat pada kertas. Kadangkala ia berlaku semasa proses pembungkusan kertas di kilang pengeluaran
Kertas terlalu berat atau terlalu ringan
Kertas yang terlalu tebal atau terlalu nipis sering menyebabkan paper jam. Anda perlu gunakan berat kertas yang sesuai dengan mesin fotokopi anda. Secara amnya, kami sarankan penggunaan kertas berjisim antara 80gsm – 300gsm. Sekiranya anda tidak pasti, minta nasihat daripada syarikat perkhidmatan mesin copier anda.
Kertas lembap.
Pastikan anda menggunakan kertas yang bersih dan tidak lembap. Kertas yang lembap atau kotor lebih cenderung untuk tersekat.
Habuk kertas (paper dust)
Habuk kertas yang terkumpul di dalam mesin akan mudah menyebabkan kertas mesin tersekat.
Banyak perniagaan atau pejabat cuba kurangkan kos dengan menggunakan kertas kitar semula yang lebih murah. Walaupun penggunaan kertas kitar semula bagus untuk persekitaran, malang sekali ia tidak begitu baik untuk mesin fotokopi anda. Kertas kitar semula menghasilkan lebih banyak habuk/debu kertas. Debu boleh menyebabkan pelbagai masalah bukan saja pada operasi mesin malah kualiti pencetakan anda.
Dulang (paper tray) dan pengumpan kertas (feeders) yang kotor.
Pastikan paper tray sentiasa bersih. Kekotoran dari tray akan masuk ke penggelek (rollers) sehingga menyebabkannya menggelincir (slippage). Slippage berlaku apabila roller tidak dapat mencengkam dan menarik kertas untuk scan, print dan fotostat sehingga menyebabkan paper jam. Anda juga digalakkan untuk bersihkan dulang kertas setiap bulan.
Bagaimana syarikat penyedia khidmat mesin fotokopi anda dapat membantu anda ketika anda mengalami masalah?
Syarikat perkhidmatan mesin fotokopi yang pakar seperti Khalifah Copier Sdn Bhd (KCSB) dapat menyelesaikan masalah paper jam pada mesin yang disebabkan oleh komponen atau bahagian yang telah rosak/usang. Sekiranya anda mempunyai kontrak penyelenggaraan dengan KCSB, juruteknik pakar kami akan mengetahui bila masanya untuk mengganti penggelek (feeder roller) berdasarkan hasil kertas (jumlah salinan dibuat).
Khalifah Copier membantu anda mencapai lebih lagi – mencetak tanpa batasan