Kenali 2 Saiz kertas yang utama dalam dunia pencetakan

Ketahui Pelbagai Saiz Kertas Untuk Tujuan Pencetakan

Dalam penulisan hari ini, kita kongsikan beberapa saiz kertas yang selalu digunakan untuk tujuan pencetakan (printing).

Tanpa membuang masa, jom layankan.

—————————————————————

Okay, pemilik kedai printing, pereka cipta grafik, editor – anda mesti biasa guna perisian Adobe Photoshop & Illustrator kan? Dekat sini paling mudah untuk tengok saiz kertas yang paling popular digunakan untuk tujuan pencetakan. Rujuk screenshot di bawah:

saiz-kertas-untuk-pencetakan

Secara amnya, saiz kertas boleh dibahagikan kepada 2 kategori utama, saiz International (ISO 216 Standard) & juga US Standard. Perbezaan paling ketara antara 2 kategori ini ialah saiz International lazimnya menggunakan ukuran metrik (mm, cm), manakala saiz US menggunakan ukuran inci.

—————————————————————

A. Saiz Kertas International

Saiz kertas International terbahagi pula kepada 3 jenis atau siri, yang dinamakan Siri A, B & C. Siri A & B adalah lebih dikenali dan digunakan lebih meluas berbanding Siri C. Pernah dengar tak kertas A4? B5? Haa A4 datang dari kertas siri A, manakala B5 datang dari kertas siri B. 

Saiz kertas international ini juga dikenali sebagai Standard ISO 216. Nisbah antara lebar & tinggi kertas international ni sama sahaja, iaitu 1: 1.4142. Bagusnya bila ada nisbah yang fixed macam ni, mudah kerja untuk pembesaran (enlargement) dan pengurangan (reducing) gambar atau dokumen tanpa ada margin, dan memudahkan kerja2 membuat booklet sebab akan dapat permukaan yang aspek nisbahnya sama walaupun dilipat 2.

—————————————————————

  • Siri A

Jadi apa konsep disebalik kertas siri A ni? Saiz kertas terbesar dalam siri A dikenali sebagai A0. Saiz A0 ni sering digunakan dalam industri pembinaan macam seni bina & kejuruteraan sivil. Bawah ni ilustrasi untuk anda bayangkan saiz kertas dalam siri A bila dibanding dengan saiz manusia. 

Sumber: Google
Perbandingan antara kertas saiz AO dengan ketinggian standard manusia.

Perlu diketahui, setiap saiz International ini adalah separuh dari satu saiz sebelumnya. Contohnya, A1 adalah separuh dari saiz A0. A2 pula separuh dari saiz A1 dan begitulah seterusnya.  

  •  Siri B

Jika dibanding saiz kertas siri A kepada siri B, kertas siri B lebih lebar dan tinggi dibanding dengan siri A (tengok perbandingan saiz kertas A4 & B4 seperti dalam rajah bawah).

Antara aplikasi saiz dari siri B dalam kehidupan harian kita:

  1. a) Banyak poster menggunakan kertas siri-B, seperti saiz B2
  2. b) Saiz B5 selalu digunakan untuk pencetakan buku2
  3. c) B7 adalah saiz standard untuk passport
  4. d) Saiz B4, B5 dan B6 selalunya digunakan untuk sampul surat

Jom tengok ukuran kertas siri A dan siri B International/ Standard ISO 216

  A-SERIES B-SERIES C-SERIES

Size

mm × mm mm × mm

mm × mm

0

841 × 1,189 1,000 × 1,414

917 × 1,297

1

594 × 841 707 × 1,000

648 × 917

2

420 × 594 500 × 707

458 × 648

3

297 × 420 353 × 500

324 × 458

4

210 × 297 250 × 353

229 × 324

5

148 × 210 176 × 250

162 × 229

6

105 × 148 125 × 176

114 × 162

7

74 × 105 88 × 125

81 × 114

8

52 × 74 62 × 88

57 × 81

9

37 × 52 44 × 62

40 × 57

10 26 × 37 31 × 44

28 × 40

—————————————————————

2. Saiz Kertas US (American National Standards Institute)

Ukuran untuk kertas berdasarkan standard ANSI (American National Standards Institute) menjadikan saiz Letter (8.5” x 11”) sebagai asasnya. Ianya digelar saiz A, dan saiz-saiz lain yang lebih besar dikenali sebagai saiz B, C, D & E. Contohnya, kalau anda terlihat saiz “ANSI A”, ia sebenarnya ialah saiz Letter. “ANSI B” pula merujuk kepada saiz Ledger atau Tabloid.

Tengok gambar di bawah untuk lihat perbezaan saiz antara 3 jenis kertas ini.

Support Articles - Help & Support - Information Technology Services - Seattle University

Sumber: Google

Tak seperti ukuran standard ISO 216 yang mempunyai nisbah 1: √2, ANSI standard ada 2 aspek nisbah, iaitu 1:1.2941 dan 1:1.5455.

Apa maknanya? Ini bermaksud pembesaran (enlarging) dan pengurangan (reducing) antara satu saiz ke saiz yang lain tak semudah kertas saiz ISO 216, dan akan meninggalkan margin ke dokumen yang anda dah besar/kurangkan saiz itu.

Disebabkan ini, penggunaan saiz kertas mengikut sistem ANSI adalah kurang digunakan berbanding sistem ISO 216.

Jom lihat di bawah untuk saiz setiap saiz paper:

Size Width x Height (mm) Width x Height (in) Aspect Ratio Closest ISO
A 216 x 279 mm 8.5 x 11.0 in 1:1.2941 A4
B 279 x 432 mm 11.0 x 17.0 in 1:1.5455 A3
C 432 x 559 mm 17.0 x 22.0 in 1:1.2941 A2
D 559 x 864 mm 22.0 x 34.0 in 1:1.5455 A1
E 864 x 1118 mm 34.0 x 44.0 in 1:1.2941 A0

Begitulah perkongsian kita pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda. 

—————————————————————

Di Khalifah Copier, kita membekalkan servis SEWA & BELI MESIN FOTOSTAT RECOND berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik. Ketahui lebih lanjut senarai mesin fotostat yang anda boleh dapatkan dengan kami dengan melayari link berikut: https://khalifahcopiermachine.com.my/ Mesin2 kita juga tersedia untuk pelbagai penggunaan mengikut keperluan anda. Jadi jangan risau, anda boleh bercakap dengan Perunding Jualan kami untuk tahu pakej2 sewa @ beli mesin fotostat yang bertepatan dengan anda. Apa tunggu lagi? Jom WHATSAPP kami di:https://copierterbaik.wasap.my/https://copierterbaik.wasap.my/https://copierterbaik.wasap.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *