APA BEZA LASER PRINTER vs INKJET PRINTER?
Okay harini perkongsian kita adalah mengenai 2 jenis printer utama dalam pasaran – Laser Printer & Inkjet Printer.
Tanpa buang masa, jom layankan~
.
.
LASER PRINTER vs INKJET PRINTER
Dari segi operasi, Inkjet Printer seperti namanya, adalah printer yang menggunakan ink cecair untuk mencetak. Inkjet printer cetak 1 garisan pada satu-satu masa. Nak tengok mekanisma inkjet printer boleh lihat di sini – https://youtu.be/BhdgvIL7EZ4?t=133
Berbeza dengan Inkjet printer, Laser printer menggunakan toner serbuk (solid particle) yang mana ia akan meresap ke atas paper yang kita print. Nak tahu macam mana Laser printer berfungsi? Jom tonton video ini – https://youtu.be/BhdgvIL7EZ4?t=34
.
.
BILA PERLU GUNA INKJET PRINTER?
Inkjet printer sesuai digunakan jika anda perlu print oversized image, e.g lukisan engineering ke, architecture plans ke etc. Selain itu, ia juga sesuai jika anda nak print imej besar yang perlukan lebih dari sekadar warna CMYK – contohnya gambar2 hasil fotografi. Inkjet printer juga lebih digemari sebab ia boleh print di atas pelbagai media seperti canvas, transfer media dll.
KEKURANGAN INKJET PRINTER
Walaupun kos membeli printer inkjet adalah lebih murah berbanding Laser printer, tapi untuk long-run, kos menukar cartridgenya adalah tinggi. Kadangkala, harga cartridgenya boleh jadi lebih tinggi dari harga printer itu sendiri.
Disebabkan ia print 1 garisan pada satu2 masa, inkjet printer tak sesuai untuk high-volume printing sebab sangat slow. 1 paper A4 nak print full color pun makan masa 45 saat.
Masalah utama dengan inkjet printer adalah bilamana kita tak pakai printer untuk beberapa lama, ink-nya akan mengering, tersekat, kemudiannya bocor atau bleed. Ia juga perlu dibersihkan selalu supaya tak smudge atau smear kerja cetak kita yang akan datang.
.
.
LASER PRINTER
Kos awal untuk membeli Laser Printer semestinya lebih tinggi berbanding Inkjet printer. Namun begitu, kos toner atau cartridgenya adalah lebih rendah dan boleh digunakan untuk masa yang lebih panjang (namun tertakluk kepada kekerapan/volume penggunaan juga).
Laser printer sangat sesuai untuk high-volume printing, tambah2 lagi melibatkan text document, text akan nampak sangat sharp dan crisp, sesuai lah dengan kerja2 printing di office melibatkan pelbagai dokumen macam report, tender, brochure, company profile etc.
Disebabkan ia menggunakan laser & toner serbuk, maka tak ada lah masalah ink mengering, jadi ianya lebih cost-effective. Bukan itu sahaja, laser printer juga tak perlukan sebarang special media untuk print. Kita boleh print walaupun hanya menggunakan kertas biasa yang anda jumpa di kedai2 buku & alatulis tu.
Berbanding dengan inkjet printer yang print 1 kertas ambil masa 45 saat, laser printer boleh print 28 A4 size kertas dalam masa seminit. Pantas kan?
.
.
Begitulah perkongsian kita pada hari ini. Semoga bermanfaat untuk anda.
Di Khalifah Copier, kita membekalkan servis SEWA & BELI MESIN FOTOSTAT RECOND berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik. Mesin Fotostat kita semua di bawah kategori LASER PRINTER, bukan Inkjet Printer tau.
Mesin2 kita juga tersedia untuk pelbagai penggunaan mengikut keperluan anda. Jadi jangan risau, anda boleh bercakap dengan Perunding Jualan kami untuk tahu pakej2 sewa @ beli mesin fotostat yang bertepatan dengan anda.
Apa tunggu lagi? Jom WHATSAPP kami di:
atau layari website kami yang serba baru;