9 Tips Sebelum Membeli Mesin Fotostat
Hari ini kita akan kongsikan 10 tips sebelum anda membeli mesin fotostat untuk kegunaan anda.
Tanpa membuang masa, jom kita layankan~
—————————————————————
1. PPM
Tips sebelum membeli mesin fotostat yang utama ialah PPM-nya. Setiap spesifikasi mesin fotostat mempunyai info tentang PPM. PPM bermaksud “Pages per Minute” dan ianya merujuk kepada bilangan mukasurat (pages) yang boleh dicetak dalam masa 1 minit. Spesifikasi PPM bergantung kepada fungsi mesin juga seperti scan, print dan fotokopi.
PPM juga bergantung pada kepada berat kertas yang anda gunakan (paper weight). Lagi ringan berat kertas yang digunakan, lebih laju mesin cetak kertas anda. Juga, mencetak hasil hitam putih semestinya lebih laju dari mencetak hasil berwarna.
Penting untuk diketahui, lebih tinggi PPM sesebuah mesin fotostat, lebih mahal harganya. Sebagai ‘rule-of-thumb’, lebih ramai orang yang ingin menggunakan mesin tersebut, lebih laju & tinggi PPM mesin yang anda perlu pilih. Mesin fotostat untuk kegunaan sekolah misalnya, memerlukan spesifikasi kelajuan paling kurang 40ppm kerana ramai cikgu sekolah yang dijangka menggunakan mesin tersebut pada satu-satu masa.
—————————————————————
2. Pilihan Peralatan (Optional Equipments)
Mesin Fotostat selalunya didatangkan dengan pilihan peralatan seperti Finisher, Mesin Faks dan Dulang/Bank Kertas (Paper Bank/Tray). Finisher ada pelbagai fungsi automatik seperti membuat booklet, melipat, stapel dan menebuk lubang.
Sumber: Google
Bank kertas (paper banks) turut dikenali sebagai “Large Capacity Trays (LCT)”. LCT menambah kapasiti maksimum kertas yang anda boleh simpan di mesin copier anda.
Peralatan pilihan ini akan membantu untuk menaiktaraf kebolehan mesin fotostat anda dan memudahkan kerja-kerja anda. Kalau anda nak tengok kebolehan finisher membuat booklet sebanyak 200pcs secara automatik, jom tonton video ini khas dari team Khalifah Copier Sdn Bhd – Buat Booklet Saiz A5 di Ricoh MP C5503
—————————————————————
Mempunyai mesin copier yang boleh cetak warna sangat berharga jika anda mahu cetak gambar, buat presentation, atau mencetak dokumen lain yang berwarna. Walaupun harganya lebih tinggi, ia akan merendahkan kos jangka masa panjang sebab anda sudah tak perlu lagi untuk keluarkan kos yang tinggi mencetak di kedai luar.
—————————————————————
Dengan berkembangnya peranti mudah alih (mobile devices) dan lebih banyak syarikat mengikuti trend “Bawa Peranti Anda Sendiri” untuk meningkatkan produktiviti pekerja, percetakan mudah alih (mobile printing) sudah menjadi kelaziman di kebanyakan pejabat.
Hasilnya, model mesin fotokopi yang terkini banyak didatangkan dengan kemampuan mencetak tanpa wayar (wireless printing) terus dari telefon pintar, tablet, dan peranti mudah alih yang lain. Ciri sedemikian berguna untuk melancarkan proses pengeluaran dokumen, menghilangkan desktop/komputer sebagai satu-satunya saluran untuk mencetak dokumen sambil meningkatkan produktiviti keseluruhan dalam kalangan pengguna peranti mudah alih.
—————————————————————
Salah satu tips sebelum membeli mesin fotostat yang anda perlu pertimbangkan ialah; Berapa banyak penggunaan mesin anda dalam satu hari dan juga bulan. Beberapa perkara yang anda harus ukur untuk tahu penggunaan anda adalah seperti berikut:
1. Berapa purata jumlah halaman yang anda cetak dalam 1 bulan (Volume per Month)
2. Berapa purata jumlah halaman berwarna yang anda cetak dalam sebulan
3. Berapa purata jumlah halaman Hitam Putih (B/W) yang anda cetak dalam sebulan
Mengetahui corak dan jumlah pencetakan anda, akan membantu anda untuk pilih jenis mesin fotostat (samada B&W atau berwarna), saiz & kapasiti dulang dan saiz mesin fotokopi yang anda perlukan.
—————————————————————
Bergantung pada industri perniagaan anda, anda mungkin memerlukan mesin fotokopi yang dapat menangani pelbagai saiz cetakan seperti legal, lejar, letter, A4 dan juga A3. Sesetengah bisnes printing atau pejabat syarikat pembinaan misalnya, mungkin memerlukan mesin fotokopi yang boleh mencetak saiz sehingga A3 Large. Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang saiz kertas dan mesin fotostat, anda boleh bercakap dengan konsultan kami di https://copierterbaik.wasap.my/
—————————————————————
Resolusi cetakan (Print Resolution) secara amnya merujuk kepada berapa terperinci gambar yang anda ingin cetak. Resolusi yang lebih tinggi bermaksud perincian yang lebih tinggi, dan dapat diukur dalam titik per inci (DPI – Dots per Inch).
Semakin banyak titik (dakwat) yang dicetak setiap inci, semakin tinggi resolusi gambar – oleh itu semakin tinggi kualitinya dari segi ketajaman dan perincian. Ketika mencetak, resolusi sangat penting, kerana gambar berkualiti tinggi kelihatan cantik dan profesional, sedangkan gambar dengan resolusi rendah kelihatan kabur, tidak jelas dan tidak profesional.
Sumber: Google
Sesetengah industri mementingkan resolusi cetak bagi mesin fotokopi terutamanya perniagaan cetak majalah, atau sticker semestinya mahukan resolusi paling tinggi & berkualiti. Nak tahu 3 jenis sticker paper yang utama dan mendapat permintaan tinggi dari pelanggan? Jom baca posting kami di link ini.
Walaubagaimanapun, harus diingat resolusi adalah berbeza untuk setiap fungsi print, fotokopi & juga scan pada satu-satu mesin fotostat.
—————————————————————
Fikirkan tentang ruang pejabat/kedai anda. Mesin fotostat tertentu sangat besar, yang boleh menjadi masalah jika anda tidak mempunyai ruang tambahan di pejabat atau kedai anda. Anda mungkin akhirnya meletakkannya di tempat yang tidak mudah diakses oleh pekerja anda. Oleh itu, sebelum memilih mesin fotokopi besar, pastikan ada tempat yang baik untuknya di pejabat anda.
—————————————————————
Selain dari segi mesin fotostat itu sendiri, topik perjanjian perkhidmatan mungkin muncul ketika anda memikirkan untuk membeli atau menyewa mesin fotokopi. Perjanjian perkhidmatan boleh berbeza-beza bergantung kepada pengedar mesin copier yang anda langgani, tetapi merangkumi sokongan teknikal jarak jauh (remote) dan juga dekat (on-site). Manfaat lain dari adanya perjanjian servis ialah pengedar mesin fotokopi anda boleh menghantar dakwat atau toner terus ke pintu anda.
—————————————————————
Di Khalifah Copier Sdn Bhd, kami membekalkan mesin copier recond berkualiti tinggi dan disaring rapi bersama dengan pakej servis yang pastinya berbaloi untuk pelanggan kami. Kami komited dalam membantu usahawan dan perniagaan mendapat servis mesin fotostat terbaik, menjimatkan masa, supaya anda dapat Mencetak Tanpa Batasan.
Hubungi Konsultan Jualan kami hari ini untuk tahu pakej sewaan dan beli mesin yang paling sesuai untuk kegunaan anda.