Kaya dengan kesan peninggalan sejarah dan penuh dengan tarikan moden menjadikan negeri Melaka destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa. Melaka juga merupakan destinasi pilihan utama warga Ibu Kota yang mencari tempat percutian singkat untuk melarikan diri daripada kesibukan bandar buat seketika.
Jika anda ingin tahu dimana sebenarnya destinasi tumpuan di negeri bersejarah ini, kami telah menyusun senarai 15 tempat menarik di Melaka agar anda mendapat inspirasi masa merancang percutian ke Melaka nanti.
15. Villa Sentosa
Villa Sentosa adalah sebuah rumah tradisional yang terletak di dalam Kampung Morten di tepian Sungai Melaka.
Kalau anda nak tahu, di dalam Kampung Morten ini terdapat lebih daripada 50 buah rumah Melayu lama yang beratapkan zink, namun begitu daripada banyak-banyak rumah ni, Villa Sentosa adalah yang paling elok terjaga dan menarik untuk dilihat.
Villa ini merupakan sebuah Muzium Melayu Hidup yang dapat membuatkan anda rasa seolah-olah berada di masa lalu. Ruang dalam villa ini dipenuhi dengan perabot antik, barangan lama di atas meja dan gambar-gambar klasik.
- Alamat: Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, 75300 Melaka
- Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm) | Jumaat (2.00 pm – 6.00 pm)
- Bayaran Masuk: Percuma Namun Digalakkan Untuk Memberikan Sumbangan
14. Melaka Tropical Fruit Farm
Terletak di Sungai Udang di atas tanah yang berkeluasan 65 ekar, Melaka Tropical Fruit Farm adalah sebuah kawasan ladang yang wajib anda lawati bersama keluarga untuk peluang melakukan pelbagai aktiviti menarik yang dapat menjadikan percutian anda di Melaka lebih bermakna.
Antara aktiviti yang ditawarkan di sini adalah memancing, lawatan ke zoo mini, berkayak, melihat pelbagai tumbuhan unik, melawat kawasan kebun buah-buahan dan banyak lagi. Sekiranya sehari masih tak cukup, anda boleh juga bermalam di chalet yang disediakan.
- Alamat: Pusat latihan Sungai Udang, 76300 Sungai Udang Village, Melaka
- Waktu Operasi: 9.00 am – 12.00 pm
- Bayaran Masuk: Dewasa RM10 | Kanak-Kanak RM5
13. Padang Kemunting Turtle Management Centre
Padang Kemunting Turtle Management Centre yang terletak di Masjid Tanah ini adalah sebuah pusat penetasan dan informasi penyu yang telah ditubuhkan sejak tahun 1990 lagi.
Ketika bulan penetasan iaitu antara bulan Mac hingga September, pengunjung yang bernasib baik berpeluang untuk melepaskan anak penyu ke dalam laut. Anda juga boleh mengatur dengan pihak pusat pengurusan penyu ini untuk menjadi sukarelawan World Wide Fund (WWF) untuk Nature-Malaysia.
Pusat ini dibuka kepada orang awam dari hari Selasa hingga Ahad ketika waktu pejabat dari 10 pagi ke 4 petang. Sewaktu berada di sini, anda boleh melawat dewan pameran serta bilik audiovisual untuk mendapatkan pelbagai info berkaitan penyu.
- Alamat: Jalan Tuan Haji Baharom Ludin | Kampung Tanjong Bidara, Masjid Tanah 78300
- Waktu Operasi: Selasa – Khamis (10.00 am – 1.00 pm) | Jumaat (10.00 am – 12.15 pm) | Sabtu & Ahad (10.00 am – 1.00 pm)
- Bayaran Masuk: Percuma.
12. The Pirate Adventure – Melaka Alive
Teringin untuk mengetahui bagaimana perasaan menjadi seorang lanun? Di Pirate Adventure Melaka Alive anda dapat merasakan sehari dalam hidup seorang lanun.
Tarikan yang baru di buka ini agak canggih dan disini anda dapat melihat simulasi ribut dan ombak menggunakan special effects! Mengembara menaiki kapal lanun mencari harta karun.
- Alamat: Melaka Alive, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka
- Waktu Operasi: Rabu – Isnin (10.00 am – 7.00 pm) | Jumaat (10.00 am – 12.30 pm, 2.00 pm – 7.00 pm)
- Bayaran Masuk: Dewasa RM23 | Kanak-Kanak (4 – 12 Tahun) RM17 | Warga Emas RM17
11. Nyonya Memoirs
Nyonya Memoirs dapat membawa anda sekeluarga kembali pada tahun 1920-an melalui pelbagai pameran interaktif serta set dalam saiz yang realistik.
Bukan sekadar untuk dilihat, anda juga boleh mencuba pakaian tradisional baba nyonya dan bergambar dengan menggunakan set-set yang disediakan sebagai latar belakang foto. Cukup menarik untuk anda yang ingin mendalami bagaimana rasanya kehidupan di dalam dunia klasik.
- Alamat: 1880, Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 75000 Melaka
- Waktu Operasi: Setiap Hari (11.00 am – 9.00 pm)
- Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10
10. Casa Baba Gallery
Casa Baba Gallery adalah sebuah lagi lokasi di mana anda dapat merasai pengalaman hidup di dalam era lama dan bersatu dengan budaya baba nyonya. Di sini anda dapat melihat pameran dengan setting klasik menggunakan pelbagai barangan antik.
Bukan itu sahaja, anda turut boleh memakai pakaian tradisional baba nyonya untuk bergambar dengan latar belakang setting-setting klasik yang disediakan. Yang bestnya, anda mendapat privasi untuk meluangkan masa seberapa lama sekalipun di dalam galeri ini dengan sekali masuk. Ya, tiada had waktu.
Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli cenderamata atau kraftangan hasil buatan penduduk tempatan yang dijual di kedai galeri.
- Alamat: 87, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
- Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Rabu (10.00 am – 6.00 pm) | Rabu (Tutup)
9. Perigi Hang Tuah
Kalau anda memiliki minat yang mendalam dengan sejarah Hang Tuah, jangan lepaskan peluang untuk melawat perigi yang dikatakan digali sendiri oleh Hang Tuah. Perigi Hang Tuah ini terletak di dalam kawasan kampung di mana Hang Tuah dilahirkan iaitu Kampung Duyong.
Banyak perkara menarik berkaitan perigi ini telah berlegar dalam masyarakat sekitar. Yang pertama, ada yang mengatakan saiz perigi ini kian membesar dari masa ke masa.
Kepercayaan menarik yang kedua pula adalah dikatakan yang orang ‘tertentu’ dapat melihat rupa sebenar perigi ini yang telah berubah menjadi buaya putih. Perkara misteri lain yang berkaitan dengan perigi ini adalah bagaimana air di dalam perigi ini tidak pernah kering walaupun tiba musim kemarau.
- Alamat: Kampung Duyong, 75430 Melaka
8. Menaiki Beca
Melaka sememangnya sinonim dengan beca yang dihias dengan penuh warna-warni. Kalau datang ke Melaka, tapi tak cuba naik beca, rasa macam tak sempurna pula percutian ke negeri ini.
Yang menariknya, beca-beca yang terdapat di Melaka ni bukan main meriah lagi perhiasannya, ada yang bertemakan Hello Kitty, Disney Frozen, Upin Ipin, flora dan macam-macam lagi yang wajib anda abadikan di dalam foto.
Kebanyakan abang-abang beca ni boleh anda temui di sekitar Stadhuys atau A’Famosa. Bayarannya bergantung kepada jangka masa atau jarak perjalanan.
7. Menara Taming Sari
Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.
Seperti mana yang anda sudah teka, menara ini di namakan seperti keris Hang Tuah yang masih belum dijumpai lagi hingga ke zaman ini. Kalau di lihat dengan teliti mereka telah cuba membina menara ini menyerupai bentuk keris.
- Alamat: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka
- Waktu Operasi: Isnin – Ahad (10.00am – 11.00pm)
- Bayaran Masuk: Dewasa RM17 | Kanak-Kanak RM11
6. Taman Buaya
Taman Buaya ini sudah lama menjadi sasaran pelancong ke Melaka dan dibuka kepada orang ramai semenjak tahun 1987. Kawasan kurungan buaya ini di reka untuk menyerupai habitat semulajadi haiwan ini.
Antara spesis buaya yang boleh ditemui di sini adalah Buaya America, Buaya Marsh Mugger India, Buaya Cayman dan lain-lain lagi. Anda juga dapat berhibur dengan tarikan bonus di sini seperti rumah mamalia dan rumah reptilia.
- Alamat: Pusat Pelancongan Ayer Keroh, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka
- Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 6.00 pm)
- Bayaran Masuk: Isnin – Jumaat: Dewasa RM15 | Kanak-Kanak RM10, Sabtu & Ahad: Dewasa RM18 | Kanak-Kanak RM13
5. Bayoo Lagoon Park
Hanya 15 minit sahaja dari Bandar Melaka, Bayou Lagoon Park merupakan sebuah resort yang mempunyai service apartment, taman tema air dan pusat membeli belah semua di dalam tempat yang sama.
- Alamat: Bayou Lagoon Park Resort, Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, 75450 Melaka
- Waktu Operasi : Isnin – Jumaat: 9.00 am – 7.00 pm, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum: 8.00 am – 7.00 pm
- Bayaran Masuk Water Park : Isnin – Jumaat: Dewasa RM22 | Kanak-kanak RM16 | Warga Emas RM11, Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum: Dewasa RM28 | Kanak-Kanak RM20 | Warga Emas RM14
4. Muzium Maritim.
Muzium Maritime atau Muzium Samudera, berjaya menarik sebanyak 20,000 orang sebulan. Di sini ini anda berpeluang untuk melihat bagai mana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menuntukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.
Tarikan utama di sini merupaka replika kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. Agak teruja melihat bahtera dengan ketinggian 34 meter tinggi ini. Agaknya harta karun tu masih ada lagi tak dibawah dilaut sumatera?
- Alamat: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
- Waktu Operasi: Isnin – Khamis (9.00 am – 5.30 pm) | Jumaat, Sabtu, Ahad (9.00 am – 7.00 pm)
- Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3
3. Zoo Melaka
Kalau anda merancang aktiviti untuk seisi keluarga anda dapat meluangkan masa bersama keluarga di Zoo Melaka. Zoo Melaka merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia dan menjadi rumah kepada 215 spesis haiwan yang berbeza.
Antara haiwan yang boleh ditemui di Zoo Melaka ini adalah Badak Sumatera yang hampir pupus dan Gajah Kecil Asia yang kewujudanya di muka bumi ini juga terancam.
- Alamat : Jalan Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh, 75450 Melaka
- Waktu Operasi : Day Zoo: Setiap Hari (8.30 am – 5.30 pm), Night Safari: Jumaat, Sabtu, Cuti Sekolah & Cuti Umum (8.00 am – 11.00 pm)
- Bayaran Masuk : Dewasa RM16.90 | Kanak-kanak RM6.75 (Sewa buggy Rm100)
2. Melaka River Park & Cruise
Tertanya-tanya apa cara terbaik untuk menikmati Melaka bila malam mula menjelma? Inilah aktivinya yang tidak patut anda lepaskan! Melaka River Cruise adalah aktiviti yang dapat membawa anda melihat Melaka dari sudut yang berbeza iaitu dari sepanjang Sungai Melaka.
Daripada atas kapal, anda sekeluarga dapat melihat keindahan cahaya penuh warna-warni yang memukau jiwa yang terpancar dari bangunan-bangunan di sepanjang sungai.
Sekiranya anda tidak sempat untuk ke sini pada waktu malam, pemandangan yang terhidang di depan mata di waktu siang juga tak kurang hebatnya. Pada waktu ini, anda dapat menyaksikan kemegahan bangunan-bangunan klasik di sekitar Melaka dengan lebih jelas. Waktu yang diambil untuk satu sesi cruise ini adalah dalam sekitar 30 ke 35 minit.
Apa-apa pun dinasihatkan supaya anda tidak duduk di kawasan terlalu depan dalam kapal kalau tak nak air sungai terpercik pada pakaian, dan apatah lagi kamera yang mahal tu!
Sebelum ke sini juga jangan lupa untuk melawati website mereka bagi menyemak waktu operasi sebab kadangkala ianya tutup pada hari cuti.
- Alamat: Jalan Laksamana, 75000 Melaka
- Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00 am – 11.30 pm)
- Bayaran Masuk: Dewasa RM25 | Kanak-Kanak RM15
1. Kota A Famosa
Kota A Famosa dipilah sebagai tarikan penutup tirai entri ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.
Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal.
Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.
Sumber : mai singgah